link warna

on9 people

Welcome To The Phone World. Just Click The Follow Button.

Sunday, 29 May 2011

Pelancaran Samsung i9001 Galaxy S Plus

Korang nak tahu tak, baru-baru ini Samsung telah melancarkan lagi ahli baru siri Galaxy iaitu "i9001 Galaxy S Plus". Handset ini juga adalah salah satu handset yang memakai operating system jenis Android iaitu Android v2.3. Android versi ini merupakan sistem Android terbaru yang dilancarkan oleh syarikat GOOGLE.



Samsung i9001 Galaxy S Plus

Selain itu, handset ini juga turut dilengkapi dengan skrin sentuh kapasitif Super AMOLED bersaiz 4 inci. Frekuensi prosesornya mencapai 1.4GHz manakala memori dalamnya pula setinggi 8 gigabyte dan dilengkapi dengan bateri 1650mAh.

Galaxy S Plus ini juga turut dipasang dengan TouchWiz 3.0, menyokong kemaskini program secara automatik, pemasangan program pada kad memori, dan juga program surat khabar elektronik Press Reader. Fungsi yang lain pula adalah ianya dilengkapi dengan GPS, rangkaian WCDMA/HSDPA, WLAN, teknologi mD-NIe (mobile Digital Natural Image Engine), kamera depan 0.3 megapixel, pengesan cahaya, kompas elektronik dan berbagai-bagai lagi fungsi lain.

Handset ini juga telah di 'upgrade' daripada Galaxy S dengan beberapa perubahan. Perubahan yang paling nyata ialah sistem operasi yang digunakan iaitu Android v2.3 dan juga muka belakang ditutupi dengan kerangka logam. Ianya lebih kuat dan cantik berbanding kerangka plastik pada Galaxy S. Oleh itu, apa yang korang tunggu lagi. Usaha-usaha la untuk dapatkan handset siri Galaxy terbaru ni.

Thursday, 26 May 2011

Android 3.1 Mungkin Dilancarkan Dengan Kod 'Ice Cream'

Korang semua tau tak yang bahawasanya sebelum ini kod nama sistem Android selalu menggunakan nama manisan, huruf pertama setiap edisi disusun mengikut turutan abjad Latin tetapi baru-baru ni seorang pekerja Google secara tidak sengaja telah mengesahkan kod nama untuk sistem Android yang terbaru iaitu "Ice Cream Sandwich".

Bermula daripada pelancaran sistem Android, setakat ini kod nama untuk sistem-sistem Android adalah seperti berikut :-

1) v1.5 Cupcake
2) v1.6 Donut
3) v2.0 & v2.1 Eclair
4) v2.2 Froyo
5) v2.3 Gingerbread
6) v2.4 HoneyComb
7) v3.1 Ice Cream Sandwich

Kalau korang perasan setiap kod nama (yang berwarna biru) disusun mengikut huruf dari huruf 'C' sampai la yang terbaru iaitu huruf 'I'. Kemungkinan besar Android v3.1 Ice Cream Sandwich akan muncul pada handset tidak lama lagi. Kepada yang kaki handset Android tu harap bersabar la ye.

Monday, 23 May 2011

Symbian Anna By Nokia

Post kali ni aku nak cerita kat korang pasal 'operating system' terbaru NOKIA iaitu 'Symbian Anna' tapi sebelum tu aku nak korang tau la yang NOKIA akan keluarkan handset terbaru iaitu Nokia E6 dan Nokia X7. Mesti ada antara korang yang tak tau lagi macam mana rupa handset ni kan? Takpe-takpe, aku akan tunjuk kat korang la bagaimana rupa handset ni.















Ha macam ni la rupa handset tu. Yang sebelah kiri tu Nokia E6 dan yang sebelah kanan tu pula Nokia X7. Untuk pengetahuan korang dua-dua handset ni pakai sistem operasi yang baru tu iaitu Symbian Anna seperti yang aku cakapkan tadi. Korang mesti nak tau ape kelebihan sistem operasi yang baru ni kan? Di sini aku nak kongsi la sikit-sikit apa yang aku tahu tentang sistem operasi yang baru ni.

1) BROWSER (v7.3)
    Antaramuka keseluruhan browser telah berubah, termasuk dengan butang 'back' dalam palang alamat. Tindak balas butang 'tools' pula menjadi lebih cepat dan keyboard QWERTY virtual hanya meliputi separuh skrin sahaja.

2) OVI MAPS (v3.06)
    Dengan OVI Maps version baru ni, korang boleh berkongsi kedudukan geografi melalui Facebook atau Twitter. Korang juga boleh menyemak perjalanan kenderaan awam, download dan kemaskini peta tempatan melalui Wi-Fi sahaja.

3) ENHANCED SOCIAL (v1.3)
    Dengan 'enhanced social' version ini pula, korang boleh upload gambar dengan resolusi yang lebih tinggi dan jumlah caption boleh ditambahkan pada gambar.

4) OVI SUITE (v3.x)
    Dengan OVI Suite yang terbaru, korang boleh download OVI Maps dengan percuma dan mencari OVI Music serta program aplikasi handset yang baru.

Friday, 20 May 2011

Konsep Penjagaan Bateri Yang Betul.

Kebanyakan antara korang pasti tidak tahu penjagaan bateri yang betul kan? Kemungkinan sesetengah antara korang yang sedang membaca ni pasti pernah dengar tentang penjagaan bateri yang baik tetapi maklumat yang diperoleh tidak semestinya tepat la. Misalnya ada orang yang kata "Bateri jenis apa pun perlu discas sepenuhnya dan cas semula sepenuhnya sekurang-kurang sekali sebulan." Adakah ini benar? Apakah cara penjagaan bateri yang tepat?

Cara untuk penjagaan bateri yang betul sebenarnya adalah seperti ini. Korang perlu elakkan daripada penggunaan bateri sampai habis dan cas semula sehingga penuh, kerana ia akan bateri rosak dengan cepat. Dengan kata lain, adalah lebih baik jika kita mencaskan bateri selepas penggunaan 10%. Jangan gunakan bateri sampai habis dalam apa jua keadaaan pun. Jika berada di luar dan terpaksa menggunakan handset dengan masa yang panjang, pakailah bateri dengan kapasiti yang lebih tinggi, atau menggunakan sumber tenaga mudah alih. Anggapan "gunakan bateri sampai habis dan cas semula sampai penuh untuk memanjangkan hayat bateri" telah terbukti salah sama sekali.


Selain itu, suhu sekeliling juga mempengaruhi hayat bateri. Bateri yang disimpan di tempat panas lebih mudah rosak berbanding yang disimpan di tempat yang dingin, tapi jangan terlalu sejuk juga. Korang pastikan la pulak bateri disimpan di tempat yang dingin, tetapi jangan la pulak disimpan di dalam peti sejuk. Jika bateri lama tidak digunakan dan ingin disimpan, korang boleh la ikut cadangan Apple, iaitu discaj sekali setiap bulan untuk kekalkan hayat bateri. Itu je la yang aku boleh terangkan buat masa ni ok.

Thursday, 12 May 2011

Cara Mudah Tengok Nombor Siri Handset....

Pada kali ini, aku cuba untuk nak berkongsi dengan para-para pembaca tentang informasi terbaru yang aku dapat. Aku rasa informasi aku ni boleh la nak tolong korang sikit-sikit kot tapi kalau korang rasa tak terbantu korang boleh buat tak tau je la. Haha..

Aku nak berkongsi ngan korang semua tentang cara-cara nak tengok nombor siri handset ataupun digelarkan sebagai "imei number". Dengan cara ini aku rasa korang tak payah la nak susah-susah bukak handset tu sampai kena bukak bateri semata-mata untuk korang nak tengok nombor siri je. Cara-cara untuk korang tau korang nye nombor siri handset adalah seperti di bawah ini:-

*#06#

Tapi peringatan kat korang semua yang bahawaasanya cara ini hanya boleh digunakan pada sesetengah handset sahaja terutamanya handset yang berjenama 'NOKIA'. Pada korang yang tak kenal apa itu nombor siri, aku boleh tunjuk kat korang la macam mana rupa nombor siri tu. Rupa dia lebih kurang macam ni jugak la.





Ok la korang semua. Aku rasa cukup la setakat ni dulu. Nanti kalau ada apa-apa perkembangan lagi aku akan buat entri baru.

Wednesday, 4 May 2011

Harga Handset Terkini & Terbaru

Hello to all of you. Hari ni aku nak nyatakan kat sini tentang harga 'phone' yang terbaru dan harga yang terkini. Peringatan untuk korang semua, harga yang dinyatakan ini bukan harga sebenar 'phone' sebab harga yang dinyatakan adalah harga bajet untuk korang bajet duit membeli 'handset' yang korang berkenan. Oleh itu, korang saksikanlah...

BlackBerry Bold 9780 => RM 1799
BlackBerry Curve 3G 9300 => RM 1299
Blackberry Torch 9800 => RM 2299






HTC 7 Mozart => RM 1999
HTC Aria => RM 1599
HTC Desire => RM 1799
HTC Desire HD => RM 2299
HTC Desire S => RM 1799
HTC Desire Z => RM 2199
HTC HD7 => RM 2199
HTC HD Mini => RM 1650
HTC Hero => RM 1600
HTC Incredible S => RM 1999
HTC Legend => RM 1700
HTC Smart => RM 599
HTC Touch 2 => RM 1199
HTC Touch Pro 2 => RM 1699
HTC Wildfire => RM 1199



Motorola Backflip => RM 1599
Motorola Charm => RM 1399
Motorola Defy => RM 1599
Motorola Flipout => RM 1299
Motorola Milestone => RM 1799
Motorola Milestone XT720 => RM 1699





Nokia 5130 XpressMusic => RM 390
Nokia 5230 => RM 599
Nokia 5250 => RM 499
Nokia 5530 XpressMusic => RM 699
Nokia 5730 XpressMusic => RM 1080
Nokia 5800 XpressMusic => RM 850
Nokia 6600i Slide => RM 880
Nokia 6700 Slide => RM 790
Nokia 6710 Navigator => RM 999
Nokia 6760 Slide => RM 800
Nokia C1-00 => RM 145
Nokia C2-01 => RM 295
Nokia C3-00 => RM 400
Nokia C3 Touch and Type => RM 680
Nokia C5-00 => RM 599
Nokia C5-03 => RM 750
Nokia C6-00 => RM 899
Nokia C6-01 => RM 1100
Nokia C7-00 => RM 1300
Nokia E5-00 => RM 780
Nokia E52 => RM 900
Nokia E63 => RM 680
Nokia E7-00 => RM 1995
Nokia E72 => RM 1099
Nokia E75 => RM 1200
Nokia N8-00 => RM 1690
Nokia N86 (8MP) => RM 1300
Nokia N97 => RM 1480
Nokia N97 mini => RM 1250
Nokia N900 => RM 2100
Nokia X2-01 => RM 399
Nokia X3 => RM 480
Nokia X3 Touch and Type => RM 630
Nokia X5-01 => RM 680
Nokia X6 (8GB) => RM 950
Nokia X6 (16GB) => RM 1299
Nokia X6 (32GB) => RM 1650



Sony Ericsson Aino => RM 899
Sony Ericsson Aspen => RM 899
Sony Ericsson Cedar => RM 399
Sony Ericsson C510 => RM 600
Sony Ericsson C901 => RM 620
Sony Ericsson C903 => RM 699
Sony Ericsson C905 => RM 958
Sony Ericsson Naite => RM 420
Sony Ericsson S312 => RM 350
Sony Ericsson Satio => RM 1499
Sony Ericsson Spiro => RM 350
Sony Ericsson T707 => RM 550
Sony Ericsson T715 => RM 550
Sony Ericsson Vivaz => RM 899
Sony Ericsson Vivaz Pro => RM 999
Sony Ericsson W205 => RM 330
Sony Ericsson W508 => RM 600
Sony Ericsson W995 => RM 1080
Sony Ericsson XPERIA Arc => RM 2099
Sony Ericsson XPERIA X2 => RM 1500
Sony Ericsson XPERIA X8 => RM 850
Sony Ericsson XPERIA X10 => RM 1599
Sony Ericsson XPERIA X10 mini => RM 799
Sony Ericsson XPERIA X10 mini pro => RM 899
Sony Ericsson Yari => RM 799
Sony Ericsson Yendo => RM 550
Sony Ericsson Zylo => RM 499

Korang usha-usha la ok?