link warna

on9 people

Welcome To The Phone World. Just Click The Follow Button.

Friday, 20 May 2011

Konsep Penjagaan Bateri Yang Betul.

Kebanyakan antara korang pasti tidak tahu penjagaan bateri yang betul kan? Kemungkinan sesetengah antara korang yang sedang membaca ni pasti pernah dengar tentang penjagaan bateri yang baik tetapi maklumat yang diperoleh tidak semestinya tepat la. Misalnya ada orang yang kata "Bateri jenis apa pun perlu discas sepenuhnya dan cas semula sepenuhnya sekurang-kurang sekali sebulan." Adakah ini benar? Apakah cara penjagaan bateri yang tepat?

Cara untuk penjagaan bateri yang betul sebenarnya adalah seperti ini. Korang perlu elakkan daripada penggunaan bateri sampai habis dan cas semula sehingga penuh, kerana ia akan bateri rosak dengan cepat. Dengan kata lain, adalah lebih baik jika kita mencaskan bateri selepas penggunaan 10%. Jangan gunakan bateri sampai habis dalam apa jua keadaaan pun. Jika berada di luar dan terpaksa menggunakan handset dengan masa yang panjang, pakailah bateri dengan kapasiti yang lebih tinggi, atau menggunakan sumber tenaga mudah alih. Anggapan "gunakan bateri sampai habis dan cas semula sampai penuh untuk memanjangkan hayat bateri" telah terbukti salah sama sekali.


Selain itu, suhu sekeliling juga mempengaruhi hayat bateri. Bateri yang disimpan di tempat panas lebih mudah rosak berbanding yang disimpan di tempat yang dingin, tapi jangan terlalu sejuk juga. Korang pastikan la pulak bateri disimpan di tempat yang dingin, tetapi jangan la pulak disimpan di dalam peti sejuk. Jika bateri lama tidak digunakan dan ingin disimpan, korang boleh la ikut cadangan Apple, iaitu discaj sekali setiap bulan untuk kekalkan hayat bateri. Itu je la yang aku boleh terangkan buat masa ni ok.

4 comments:

  1. okay2..
    lepas ni lepas call mak aku terus caj phone..haha

    ReplyDelete
  2. lepas nih peng, kalau ka baca buku kat fon aku, terus cas la lepas guna okay? hahahaha

    ReplyDelete
  3. bad: ayat ko macam nak nganjing aku la pulak...
    dato': buku ape tu datok? aku tak paham la...hahaha

    ReplyDelete
  4. x tau nak ikut mana..ada kata tunggu bateri abis baru charge..ntah lah keliru betul lah

    ReplyDelete