link warna

on9 people

Welcome To The Phone World. Just Click The Follow Button.

Thursday 10 January 2013

Adakah Project J Sebagai Kod Galaxy S IV ?


Laman web teknologi SamMobile melaporkan bahawa Samsung sedang menjalankan satu projek pembangunan handphone baru yang dipanggil "Project J".
Menurut desas-desus, Project J bertujuan menghasilkan Samsung Galaxy S IV yang akan dipasarkan pada pertengahan 2013. Ianya mungkin dilengkapi skrin Super Amoled 5 inci dengan resolusi 1080 Full HD dan prosessor quad-core 2GHz Cortex A15 dengan GPU Mali-6588 teras serta kamera 13.0MP.

    
   Selain Project J, Samsung juga dikata akan mengeluarkan Samsung Galaxy Note II edisi speks rendah untuk pasaran Eropah, skrin besar akan dikekalkan tetapi tidak menggunakan Super Amoled dan fungsi S Pen juga disingkirkan. Selain itu, tablet 13.3 inci juga dalam usaha untuk dibangunkan. Samsung dikatakan akan menentang ASUS Transformer dengan tablet baru yang akan dipadankan dengan keyboard dock.

Tuesday 8 January 2013

Smartphone Yang Bakal Menggegar 2013 !!

Pasaran handphone sekarang berkembang dengan pesat. Speksifikasi yang dianggap handal sekarang mungkin akan menjadi biasa pada masa akan datang. Pada 2012, pelbagai handphone handal telah diwujudkan dan ianya adalah sangat mengagumkan. Apakah model baru yang akan keluar pada 2013? Ini adalah antara model yang ditunggu-tunggu pada 2013 :

1) OPPO Find 5 :

- Skrin 5.0 inci dengan resolusi 1920x1080 piksel
- Kamera 13.0 megapixel yang menyokong HDR
- Prosessor quad-core Qualcomm Snapdragon APQ8064 1.5GHz
- 2GB RAM / 16GB ROM
- OS Android 4.1




2) Meizu MX2 :

- Skrin 4.4 inci dengan resolusi 1280x800 piksel
- Kamera BSI 8.0 megapixel
- Prosessor quad-core 1.6GHz
- 2GB RAM / 16GB ROM
- OS Flyme 2.0






3) iPhone 5S

- Skrin 4.0 inci
- Prosessor dual-core A6X
- Kamera iSight 8.0 megapixel lensa Kristal sapphire
- 1GB RAM
- iOS 6.1







4) Sony Yuga

- Skrin 5.0 inci resolusi 1080p (1920x1080 piksel)
- Prosessor quad-core Qualcomm APQ8064 1.5GHZ
- 2GB RAM
- Menggunakan penutup belakang kaca unibody




5) HTC Butterfly

- Skrin 5.0 inci resolusi 1080p
- Kamera depan 2.1MP / kamera belakang 8.0MP
- Kapasiti bateri 2020mAh
- Prosessor quad-core Qualcomm Snapdragon S4
- 2GB RAM / 16GB ROM
- OS Android 4.1


6) Samsung Galaxy S IV

- Skrin Super AMOLED HD 5.0 inci resolusi 1080p
- Prosessor quad-core Exynos 28nm HKMG A15 2.0GHz
- 3GB RAM
- Kamera 13.0 megapixel





7) ASUS Padfone 2

- Skrin IPS 4.7 inci dengan resolusi 1280x720 piksel
- Resolusi menjadi 1280x800 bila disambung pada Tablet Dock
- Prosessor quad-core Qualcomm Snapdragon S4 1.5GHz
- 2GB RAM / 16GB/32GB/64GB ROM
- Kamera BSI 13.0 megapixel



8) LG Optimus G2

- Prosessor quad-core Adreno 320 GPU 2.0GHz
- 2GB RAM
- Resolusi Skrin 1080 piksel
- Kamera 13.0 megapixel
- Mungkin menggunakan Android 5.0






#Initial D (128)

Monday 7 January 2013

Persediaan Terakhir Blackberry 10 ( BB10 )

Persaingan dalam pasaran smartphone sekarang semakin hebat. Selain iOS dan Android yang telah lama bertempur, serta Windows Phone 8 yang baru memasuki medan perang ini, Blackberry juga sebenarnya telah membuat persediaan. Sistem operasi Blackberry terbaru BB10 sedang dibangunkan dengan cepat. Baru-baru ini, Blackberry telah mengumumkan maklumat terperinci sistem BB10 dalam Blackberry Jam Asia di Bangkok, Thailand. Berikut adalah ciri-ciri baru yang terdapat dalam BB10 :

1) Pembangunan BB App Lebih Menguntungkan
     Pada permulaan Key Note, Pengarah Urusan Asia Pasifik RIM berkata bahawa pembangunan aplikasi Blackberry adalah lebih menguntungkan berbanding platform lain. Statistik menunjukkan bahawa pendapatan bulanan pembangunan aplikasi Blackberry adalah 4% lebih tinggi daripada pembangunan aplikasi iOS dan 35% lebih tinggi dari Android.

2) BBM Ditingkatkan
     Fungsi baru BB10 telah diperkenalkan kali ini seperti peningkatan BBM. BBM ditambahkan dengan fungsi baru seperti panggilan suara, pengurusan contact, dan dapat membina groups.

3) Elaun Dijanjikan
     App World sistem Blackberry yang lama akan bertukar nama kepada Blackberry World. Selain Apps dan Games, pengguna juga boleh menyewa wayang dan rancangan TV seperti Google Play dan iTune Store. Untuk menggalakkan lebih aplikasi BB10, Blackberry menawarkan satu program elaun yang dipanggil 10K Developer Commitment. Selepas sesuatu aplikasi dipasarkan 12 bulan, kalau jumlah pendapatan melebihi US $1000 tetapi kurang daripada US $10000, Blackberry akan memberikan elaun supaya pendapatan pembangun mencapai US $10000.

4) Dev Alpha B Menjadi Percubaan BB10
     Dev Alpha B telah diperkenalkan dan ianya menjadi model kejuruteraan baru untuk BB10. Maklumat spesifikasi Dev Alpha B yang dikemukakan adalah terhad. Yang diketahui hanyalah skrin 720p yang bersaiz 4.3-4.5 inci, prosesor dual-core, 1GB RAM / 16GB ROM, serta kapasiti bateri paling besar dalam sejarah Blackberry. Dev Alpha B tiada butang Home kerana BB10 menggunakan cara operasi swipe yang dipanggil BlackBerry Flow. Gelongsor dari bawah ke atas untuk kembali kepada Home Screen.


5) Pembangunan App Baru Tidak Bermasalah
     Alec Saunders berkata dalam temuramah bahawa BB10 telah bersiap sedia sekarang, terdapat lebih 50 Telco dari seluruh dunia akan mencuba BB10 sebagai persediaan terakhir sebelum dipasarkan. RIM akan membekalkan Gold SDK kepada pembangun supaya para pembangun dapat membangunkan App untuk BB10. Dengan alat pembangunan yang serasi dan program elaun, lebih ramai pembangun akan membangunkan BlackBerry Apps.

6) BB Hub Ditambahkan
     Dalam BB10 ini juga, BB Hub telah berlaku penambahan dengan mengintegrasikan fungsi sosial dan notifikasi, dapat memaparkan maklumat seperti kalendar, BBM, FB, Twitter atau LinkedIn, malah dapat mengendalikan Event, mesej FB, Status dan menambahkan gambar.

- BB10 telah mengalami revolusi yang besar, BlackBerry Hub yang baru dan BBM yang ditingkatkan dijangka dapat memenuhi keperluan pengguna. Walaupun Blackberry agak perlahan berbanding platform lain, tetapi fungsi baru yang terdapat sangatlah berguna. Melalui Blackberry Jam Asia, BB10 berjaya menarik perhatian dan diberikan harapan yang tinggi.




#Initial D (127)

Apple Maps Pada iOS 6 Banyak Bersalah?

     Apple Maps yang dikeluarkan bersama iOS 6 boleh dikatakan produk Apple yang mengecewakan. Selain menunjukkan gambar bangunan yang herot dan tanda jalan yang salah, ia juga mungkin membawa anda ke tempat berbahaya?

     Baru-baru ini polis Australia membuat pengumuman pada laman rasmi Victoria Police News untuk menasihati rakyat supaya tidak menggunakan Apple Maps. Hal ini demikian kerana polis Australia mendapati ada penduduk yang mengikut panduan Apple Maps ke bandar Mildura di selatan Australia (pin ungu pada peta), tetapi dibawa ke dalam Taman Negara Murray-Sunset (pin merah) yang berjarak 70km daripada destinasi sebenar.

<< Sebelum ini ada pengguna software navigasi yang dibawa ke lereng bukit, kini pula ada orang yang dibawa ke taman negara yang 70km jauh dari destinasi sebenar.










# Initial D (128)

Friday 4 January 2013

8 Kelebihan Android Yang Telah di "ROOT"

     Pasti ramai antara korang tahu pasal smartphone Android yang boleh di ROOT. Kalau siapa yang tidak tahu apa itu ROOT untuk android, ROOT ni adalah benda sama seperti jailbreak tetapi jailbreak digunakan pada iOS manakala ROOT ini digunakan untuk Android. Ini adalah antara kelebihan smartphone Android yang telah di ROOT :

1) Buang Aplikasi 'Bloatware'
     Pengeluar smartphone seperti Samsung, LG, Motorola, Sony dan sebagainya tampil dengan UI dan aplikasi pre-installed masing-masing. Tidak dapat dinafikan ada daripada aplikasi yang tersedia langsung tidak dapat digunakan oleh pengguna, dan aplikasi begini yang dipanggil 'bloatware'. Namun selepas ROOT, aplikasi begini boleh dibuang jika difikirkan selamat untuk berbuat demikian.

2) Overclock CPU Smartphone
     Ada diantara pengguna lebih gemar dengan penggunaan ROM standard, tetapi menginginkan prestasi yang baik, proses overclock boleh dilaksanakan setelah smartphone di ROOT. Proses ini membolehkan pemproses beroperasi lebih pantas daripada yang disarankan dengan bantuan aplikasi seperti SetCPU, tetapi ini berkemungkinan menyebabkan kepanasan CPU dan hayat CPU menjadi pendek.

3) Merakam Video Skrin Smartphone
     Pasti ramai pengguna ingin merakam video skrin smartphone untuk pelbagai tujuan. Kaedah yang paling mudah dan murah untuk merakam video skrin antaramuka smartphone yang telah di ROOT adalah dengan menggunakan aplikasi Screencast. Video akan dirakam dengan lancar dan disimpan dalam format MP4.

4) Memasang Custom ROM
     Salah satu sebab utama smartphone Android di ROOT adalah bertujuan untuk memasang custom ROM. Custom ROM ini kebiasaannya akan menjadikan smartphone lebih laju berbanding dengan ROM standard. Ia juga menampilkan paparan UI, fungsi yang diperbaharui dan dipertingkatkan yang tidak terdapat dalam ROM standard.

5) Menggunakan WiFi Hotspot Secara Percuma
     Sesetengah negara, telco tidak membenarkan pengguna berkongsi sambungan Internet smartphone dengan peranti lain menggunakan fungsi Tethering, malah pengguna akan dikenakan yuran untuk menggunakan fungsi tersebut. Tetapi, bagi smartphone Android yang telah di ROOT, mereka boleh menggunakannya secara percuma dengan menggunakan aplikasi Wireless Tether. Di Malaysia bernasib baik kerana telco tidak menyekat kebebasan berkongsi sambungan Internet pada smartphone.

6) Menukar Resolusi Skrin
     Smartphone Android yang telah di ROOT, boleh mengubah resolusi skrin dengan sokongan aplikasi LCD Resolution. Dengan bantuan aplikasi ini, saiz ikon dan teks boleh diubah mengikut kesesuaian pengguna. Proses ini boleh dilaksanakan dengan mengurangkan atau menambah sistem DPI yang akan menukar saiz ikon, teks, widgets, dan sebagainya mengikut tetapan yang telah dibuat.

7) Backup Data Smartphone
     Proses backup data yang terdapat pada smartphone akan menjadi jauh lebih mudah apabila smartphone telah di ROOT. Sokongan aplikasi seperti Titanium Backup akan membuatkan backup data smartphone menjadi lebih selamat. Ini juga termasuklah aplikasi yang telah di install, aplikasi sistem, dan segala data yang disimpan dalam memori kad.

8) Sokongan Kawalan Playstation 3 Sixaxis
     Smartphone yang telah di ROOT juga akan membolehkan permainan emulator Atari 2600 seperti River Raid dimainkan menggunakan joystick fizikal bagi memberi pengalaman permainan yang lebih menarik. Dengan panduan tutorial di Internet, permainan pada smartphone Android boleh dikawal menggunakan Playstation 3 Sixaxis.

ERing #92

Thursday 3 January 2013

Adakah Era Kegemilangan Apple Sudah Tamat?

     Apple Inc. bergelar syarikat bernilai paling tinggi di dunia kerana mencatatkan harga saham setinggi US$705.07 bilion apabila iPhone 5 dilancarkan. Namun, selepas dua bulan harga saham Apple telah menurun sebanyak 20%, ini bermaksud harga pasarannya telah merosot lebih dari US$130 bilion. Mengapa harga saham Apple turun begitu mendadak? Mari kita teliti semua faktor-faktor nya.

Faktor Pertama : Kekurangan Kreativiti
     - Ramai penganalisis telah berpendapat bahawasanya kreativiti produk Apple hanyalah setakat iPhone 3G. Ini kerana kejayaan produk-produk Apple hanyalah kepada pembaikan dan penyempurnaan menyebabkan tidak timbul sebarang kreativiti.   

Faktor Kedua : Persaingan Semakin Hebat
     - Walaupun iPad generasi ke-4 dan iPad mini mencatatkan jualan sehingga 14 juta unit pada musim ketiga 2012, namun kadar pengliputan dalam pasaran tablet telah menurun kepada paras 50%. Kebelakangan ini, pesaing utama Apple iaitu Samsung, Google, Amazon dan Microsoft telah banyak mengeluarkan tablet baru dan menyebabkan kedudukan iPad di pasaran terancam.

Faktor Ketiga : Masalah Bekalan Alat
     - iPhone 5 dikatakan mengalami masalah kekurangan bekalan alat. Samsung adalah pembekal utama untuk alat dan komponen seperti prosesor dan skrin iPhone dan iPad. Apple cuba mengurangkan penggantungannya kepada Samsung, tetapi kalau ianya tidak dapat diselesaikan dalam jangka masa pendek, Apple akan mengalami masalah penjualan yang besar.

Faktor Keempat : Rombakan Pengurusan Tertinggi
     - Sejak Tim Cook menjadi CEO baru, Apple sering mengalami rombakan dalam pengurusan tertinggi. Apple mengumumkan bahawa Naib Presiden Kanan software iOS, Scott Forstall dan Naib Presiden Kanan bahagian runcit, John Browett akan meletak jawatan pada hujung 2012. Selain itu, cara pengurusan syarikat juga turut berubah.

Faktor Kelima : Kala Produk Memendek
     - Apple mengamalkan amalan "satu model setiap tahun", kala produk adalah sangat stabil. Namun, peraturan ini telah dilanggar apabila iPad generasi ke-4 dilancarkan 6 bulan selepas iPad generasi ke-3 dikeluarkan. Apple ingin mempercepatkan kadar pengeluaran produk baru untuk memenuhi permintaan pengguna tetapi ini akan menyebabkan Apple kehilangan sebahagian penyokong yang setia.

Faktor Keenam : Produk Baru Mengecewakan
     - Salah satu faktor kejayaan syarikat Apple ialah membekalkan pengalaman pengguna yang terbaik. Namun, iOS 6 yang baru tidak menukarkan Google Maps yang lama tetapi bertukar kepada kepada aplikasi peta Apple yang memberi banyak masalah. Pakar analisis mengkritik kualiti produk Apple telah menurun dan Apple telah menjadi sebuah syarikat yang berorientasikan keuntungan.


Wednesday 2 January 2013

Kembali..

Sedar tak sedar rupanya hari ni dah 2 januari 2013 dah rupanya. Cepat betul la masa ni berlalu dan ini bermakna aku juga telah melangkah ke umur yang setahun lebih tua dari sebelumnya walaupun 'birthday' aku belum tiba lagi.

        Ini juga memberi makna yang lama sangat la aku tak update blog ni. Maaf la. Internet tak berapa nak hidup pulak. Aku tengok aku punya last entri rupanya bulan Mac tahun lepas. mak aihh, lama betul aku tak bukak blog aku ni. Mulai hari ni aku mungkin ada azam baru la kot yang baru je aku terfikir tadi iaitu aku nak meng'update' blog aku ni sebaik yang mungkin.

        Mungkin entri aku yang first kali ni takde menyebut perihal handfon sebab aku rasa macam takde idea lagi untuk aku buat entri pasal fon ni. Takpe la, apa-apa pun sekarang aku dah beralih angin sebab aku tidak lagi menggunakan Blackberry OS kerana aku sudah mula menggunakan Android OS dan yang aku gunakan sekarang ialah Android Jellybean version 4.1.1. Hahahaha. OS Android memang terbaik bagi aku sebab aku dapat rasakan Android telah menguasai dunia 'smartphone' masa kini.



        Aku rasa cukup la setakat ni dulu sebab aku post entri ni masa kerja sebenarnya. Nanti kalau kantoi dengan bos mau satu bakul jugak aku kena maki jadi baik aku berhenti dulu. Hahaha. Sekian....