link warna

on9 people

Welcome To The Phone World. Just Click The Follow Button.

Saturday, 3 March 2012

'Gleam+' rekaan Stylish + Lampu LED

Kepada korang yang minat dengan gaya handphone yang stylish pastinya salah satu cadangan untuk dibeli oleh korang adalah Motorola Gleam+. Mungkin ramai di antara korang yang rindu akan handphone keluaran Motorola yang bergaya flip. Rasa rindu korang pasti terubat kerana Motorola Gleam+ adalah handphone keluaran Motorola yang bergaya flip dan paling penting menampakkan ciri-ciri rekaan stylish.

Namun begitu, jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada handphone ini kerana ia menawarkan fungsi dan spesifikasi yang sangat asas seperti menyokong skrin 2.8 inci dengan resolusi 240x480 pixels, pemain MP3, merakam video, radio FM, kamera 2.0 Megapixel,slot memori kad sehingga 16GB dan Bluetooth 2.1.

Hanya satu keistimewaan handphone ini iaitu paparan skrin luaran yang tersembunyi yang mampu memaparkan ikon LED menarik apabila mempunyai mesej atau panggilan yang tidak dijawab. Jika nak dibandingkan dengan smartphone pada zaman sekarang memang Gleam+ ini tiada sebarang kelebihan untuk dibandingan tetapi jika ingin menampakkan gaya yang stylish handphone ini adalah antara handphone yang dicadangan.


Inilah rupa Motorola Gleam+ yang akan keluar di pasaran tidak lama lagi.

2 comments:

  1. Dah puas main dengan handphone ganas, kita serang handphone yang style pulak kan. hehehe

    ReplyDelete