Pasti ramai antara korang tahu pasal
smartphone Android yang boleh di ROOT. Kalau siapa yang tidak tahu apa itu ROOT untuk android, ROOT ni adalah benda sama seperti jailbreak tetapi jailbreak digunakan pada iOS manakala ROOT ini digunakan untuk Android. Ini adalah antara kelebihan
smartphone Android yang telah di ROOT :
1) Buang Aplikasi 'Bloatware'
Pengeluar smartphone seperti Samsung, LG, Motorola, Sony dan sebagainya tampil dengan UI dan aplikasi
pre-installed masing-masing. Tidak dapat dinafikan ada daripada aplikasi yang tersedia langsung tidak dapat digunakan oleh pengguna, dan aplikasi begini yang dipanggil 'bloatware'. Namun selepas ROOT, aplikasi begini boleh dibuang jika difikirkan selamat untuk berbuat demikian.
2) Overclock CPU Smartphone
Ada diantara pengguna lebih gemar dengan penggunaan ROM
standard, tetapi menginginkan prestasi yang baik, proses
overclock boleh dilaksanakan setelah smartphone di ROOT. Proses ini membolehkan pemproses beroperasi lebih pantas daripada yang disarankan dengan bantuan aplikasi seperti SetCPU, tetapi ini berkemungkinan menyebabkan kepanasan CPU dan hayat CPU menjadi pendek.
3) Merakam Video Skrin Smartphone
Pasti ramai pengguna ingin merakam video skrin
smartphone untuk pelbagai tujuan. Kaedah yang paling mudah dan murah untuk merakam video skrin antaramuka smartphone yang telah di ROOT adalah dengan menggunakan aplikasi
Screencast. Video akan dirakam dengan lancar dan disimpan dalam format MP4.
4) Memasang Custom ROM
Salah satu sebab utama
smartphone Android di ROOT adalah bertujuan untuk memasang custom ROM. Custom ROM ini kebiasaannya akan menjadikan
smartphone lebih laju berbanding dengan ROM
standard. Ia juga menampilkan paparan UI, fungsi yang diperbaharui dan dipertingkatkan yang tidak terdapat dalam ROM
standard.
5) Menggunakan WiFi Hotspot Secara Percuma
Sesetengah negara, telco tidak membenarkan pengguna berkongsi sambungan Internet
smartphone dengan peranti lain menggunakan fungsi
Tethering, malah pengguna akan dikenakan yuran untuk menggunakan fungsi tersebut. Tetapi, bagi
smartphone Android yang telah di ROOT, mereka boleh menggunakannya secara percuma dengan menggunakan aplikasi
Wireless Tether. Di Malaysia bernasib baik kerana telco tidak menyekat kebebasan berkongsi sambungan Internet pada
smartphone.
6) Menukar Resolusi Skrin
Smartphone Android yang telah di ROOT, boleh mengubah resolusi skrin dengan sokongan aplikasi
LCD Resolution. Dengan bantuan aplikasi ini, saiz ikon dan teks boleh diubah mengikut kesesuaian pengguna. Proses ini boleh dilaksanakan dengan mengurangkan atau menambah sistem DPI yang akan menukar saiz ikon, teks, widgets, dan sebagainya mengikut tetapan yang telah dibuat.
7) Backup Data Smartphone
Proses
backup data yang terdapat pada
smartphone akan menjadi jauh lebih mudah apabila
smartphone telah di ROOT. Sokongan aplikasi seperti
Titanium Backup akan membuatkan
backup data smartphone menjadi lebih selamat. Ini juga termasuklah aplikasi yang telah di
install, aplikasi sistem, dan segala data yang disimpan dalam memori kad.
8) Sokongan Kawalan Playstation 3 Sixaxis
Smartphone yang telah di ROOT juga akan membolehkan permainan emulator Atari 2600 seperti River Raid dimainkan menggunakan
joystick fizikal bagi memberi pengalaman permainan yang lebih menarik. Dengan panduan tutorial di Internet, permainan pada
smartphone Android boleh dikawal menggunakan Playstation 3 Sixaxis.
ERing #92