link warna

on9 people

Welcome To The Phone World. Just Click The Follow Button.

Sunday, 29 May 2011

Pelancaran Samsung i9001 Galaxy S Plus

Korang nak tahu tak, baru-baru ini Samsung telah melancarkan lagi ahli baru siri Galaxy iaitu "i9001 Galaxy S Plus". Handset ini juga adalah salah satu handset yang memakai operating system jenis Android iaitu Android v2.3. Android versi ini merupakan sistem Android terbaru yang dilancarkan oleh syarikat GOOGLE.



Samsung i9001 Galaxy S Plus

Selain itu, handset ini juga turut dilengkapi dengan skrin sentuh kapasitif Super AMOLED bersaiz 4 inci. Frekuensi prosesornya mencapai 1.4GHz manakala memori dalamnya pula setinggi 8 gigabyte dan dilengkapi dengan bateri 1650mAh.

Galaxy S Plus ini juga turut dipasang dengan TouchWiz 3.0, menyokong kemaskini program secara automatik, pemasangan program pada kad memori, dan juga program surat khabar elektronik Press Reader. Fungsi yang lain pula adalah ianya dilengkapi dengan GPS, rangkaian WCDMA/HSDPA, WLAN, teknologi mD-NIe (mobile Digital Natural Image Engine), kamera depan 0.3 megapixel, pengesan cahaya, kompas elektronik dan berbagai-bagai lagi fungsi lain.

Handset ini juga telah di 'upgrade' daripada Galaxy S dengan beberapa perubahan. Perubahan yang paling nyata ialah sistem operasi yang digunakan iaitu Android v2.3 dan juga muka belakang ditutupi dengan kerangka logam. Ianya lebih kuat dan cantik berbanding kerangka plastik pada Galaxy S. Oleh itu, apa yang korang tunggu lagi. Usaha-usaha la untuk dapatkan handset siri Galaxy terbaru ni.

Thursday, 26 May 2011

Android 3.1 Mungkin Dilancarkan Dengan Kod 'Ice Cream'

Korang semua tau tak yang bahawasanya sebelum ini kod nama sistem Android selalu menggunakan nama manisan, huruf pertama setiap edisi disusun mengikut turutan abjad Latin tetapi baru-baru ni seorang pekerja Google secara tidak sengaja telah mengesahkan kod nama untuk sistem Android yang terbaru iaitu "Ice Cream Sandwich".

Bermula daripada pelancaran sistem Android, setakat ini kod nama untuk sistem-sistem Android adalah seperti berikut :-

1) v1.5 Cupcake
2) v1.6 Donut
3) v2.0 & v2.1 Eclair
4) v2.2 Froyo
5) v2.3 Gingerbread
6) v2.4 HoneyComb
7) v3.1 Ice Cream Sandwich

Kalau korang perasan setiap kod nama (yang berwarna biru) disusun mengikut huruf dari huruf 'C' sampai la yang terbaru iaitu huruf 'I'. Kemungkinan besar Android v3.1 Ice Cream Sandwich akan muncul pada handset tidak lama lagi. Kepada yang kaki handset Android tu harap bersabar la ye.

Monday, 23 May 2011

Symbian Anna By Nokia

Post kali ni aku nak cerita kat korang pasal 'operating system' terbaru NOKIA iaitu 'Symbian Anna' tapi sebelum tu aku nak korang tau la yang NOKIA akan keluarkan handset terbaru iaitu Nokia E6 dan Nokia X7. Mesti ada antara korang yang tak tau lagi macam mana rupa handset ni kan? Takpe-takpe, aku akan tunjuk kat korang la bagaimana rupa handset ni.















Ha macam ni la rupa handset tu. Yang sebelah kiri tu Nokia E6 dan yang sebelah kanan tu pula Nokia X7. Untuk pengetahuan korang dua-dua handset ni pakai sistem operasi yang baru tu iaitu Symbian Anna seperti yang aku cakapkan tadi. Korang mesti nak tau ape kelebihan sistem operasi yang baru ni kan? Di sini aku nak kongsi la sikit-sikit apa yang aku tahu tentang sistem operasi yang baru ni.

1) BROWSER (v7.3)
    Antaramuka keseluruhan browser telah berubah, termasuk dengan butang 'back' dalam palang alamat. Tindak balas butang 'tools' pula menjadi lebih cepat dan keyboard QWERTY virtual hanya meliputi separuh skrin sahaja.

2) OVI MAPS (v3.06)
    Dengan OVI Maps version baru ni, korang boleh berkongsi kedudukan geografi melalui Facebook atau Twitter. Korang juga boleh menyemak perjalanan kenderaan awam, download dan kemaskini peta tempatan melalui Wi-Fi sahaja.

3) ENHANCED SOCIAL (v1.3)
    Dengan 'enhanced social' version ini pula, korang boleh upload gambar dengan resolusi yang lebih tinggi dan jumlah caption boleh ditambahkan pada gambar.

4) OVI SUITE (v3.x)
    Dengan OVI Suite yang terbaru, korang boleh download OVI Maps dengan percuma dan mencari OVI Music serta program aplikasi handset yang baru.