link warna

on9 people

Welcome To The Phone World. Just Click The Follow Button.

Wednesday, 2 January 2013

Kembali..

Sedar tak sedar rupanya hari ni dah 2 januari 2013 dah rupanya. Cepat betul la masa ni berlalu dan ini bermakna aku juga telah melangkah ke umur yang setahun lebih tua dari sebelumnya walaupun 'birthday' aku belum tiba lagi.

        Ini juga memberi makna yang lama sangat la aku tak update blog ni. Maaf la. Internet tak berapa nak hidup pulak. Aku tengok aku punya last entri rupanya bulan Mac tahun lepas. mak aihh, lama betul aku tak bukak blog aku ni. Mulai hari ni aku mungkin ada azam baru la kot yang baru je aku terfikir tadi iaitu aku nak meng'update' blog aku ni sebaik yang mungkin.

        Mungkin entri aku yang first kali ni takde menyebut perihal handfon sebab aku rasa macam takde idea lagi untuk aku buat entri pasal fon ni. Takpe la, apa-apa pun sekarang aku dah beralih angin sebab aku tidak lagi menggunakan Blackberry OS kerana aku sudah mula menggunakan Android OS dan yang aku gunakan sekarang ialah Android Jellybean version 4.1.1. Hahahaha. OS Android memang terbaik bagi aku sebab aku dapat rasakan Android telah menguasai dunia 'smartphone' masa kini.



        Aku rasa cukup la setakat ni dulu sebab aku post entri ni masa kerja sebenarnya. Nanti kalau kantoi dengan bos mau satu bakul jugak aku kena maki jadi baik aku berhenti dulu. Hahaha. Sekian....

Saturday, 3 March 2012

'Gleam+' rekaan Stylish + Lampu LED

Kepada korang yang minat dengan gaya handphone yang stylish pastinya salah satu cadangan untuk dibeli oleh korang adalah Motorola Gleam+. Mungkin ramai di antara korang yang rindu akan handphone keluaran Motorola yang bergaya flip. Rasa rindu korang pasti terubat kerana Motorola Gleam+ adalah handphone keluaran Motorola yang bergaya flip dan paling penting menampakkan ciri-ciri rekaan stylish.

Namun begitu, jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada handphone ini kerana ia menawarkan fungsi dan spesifikasi yang sangat asas seperti menyokong skrin 2.8 inci dengan resolusi 240x480 pixels, pemain MP3, merakam video, radio FM, kamera 2.0 Megapixel,slot memori kad sehingga 16GB dan Bluetooth 2.1.

Hanya satu keistimewaan handphone ini iaitu paparan skrin luaran yang tersembunyi yang mampu memaparkan ikon LED menarik apabila mempunyai mesej atau panggilan yang tidak dijawab. Jika nak dibandingkan dengan smartphone pada zaman sekarang memang Gleam+ ini tiada sebarang kelebihan untuk dibandingan tetapi jika ingin menampakkan gaya yang stylish handphone ini adalah antara handphone yang dicadangan.


Inilah rupa Motorola Gleam+ yang akan keluar di pasaran tidak lama lagi.

Thursday, 1 March 2012

Harga Handset Terkini bagi Samsung dan HTC.

Entry kali ini aku akan mengeluarkan harga handset yang terkini bagi jenama Samsung dan HTC. Aku keluarkan harga dua jenama ni sahaja sebab ramai yang tanya aku berkenaan dengan harga fon dua jenama ni tapi korang kena ingat yang harga aku letak ni adalah harga bajet untuk korang. Kalau pegi kedai jumpa lagi murah tu beruntung la sebab kurang-kurang bajet korang dah lebih dengan harga fon. Bawah ni adalah senarai harga fon yang terkini tapi yang model latest sahaja.


HTC ChaCha - RM 799
HTC Desire S - RM 1599
HTC Evo 3D - RM 1699
HTC Explorer - RM 749
HTC Incredible S - RM 1599
HTC Radar - RM 1399
HTC Rhyme - RM 1499
HTC Salsa - RM 1099
HTC Sensation - RM 1699
HTC Sensation XE - RM 1899
HTC Sensation XL - RM 2099


Samsung C3300k Champ - RM 199
Samsung C3332 Champ 2 - RM 299
Samsung C3560 - RM 199
Samsung Ch@t 322 - RM 199
Samsung E1195 - RM 99
Samsung E2652W Champ Duos - RM 299
Samsung i5801 Galaxy 3 - RM 799
Samsung i8150 Galaxy W - RM 999
Samsung i9000 Galaxy S - RM 1399
Samsung i9001 Galaxy S Plus - RM 1199
Samsung i9100 Galaxy S II - RM 1699
Samsung i9003 Galaxy SL - RM 1299
Samsung Nexus S - RM 1999
Samsung Galaxy Nexus - RM 2099
Samsung Galaxy Note - RM 2299
Samsung P1000 Galaxy Tab - RM 1499
Samsung Galaxy Tab 7.0 Plus - RM 1699
Samsung Galaxy Tab 8.9 - RM 1699
Samsung Galaxy Tab 10.1 - RM 1899
Samsung S3850 Corby II - RM 299
Samsung S5360 Galaxy Y - RM 499
Samsung S5380 Wave Y - RM 419
Samsung S5570 Galaxy Mini - RM 499
Samsung S5660 Galaxy Gio - RM 799
Samsung S5830 Galaxy Ace - RM 799
Samsung S8530 Wave II - RM 899
Samsung S8600 Wave 3 - RM 999

p/s : Harga ni adalah harga bajet untuk korang. Bukan harga sebenar. Harap maklum.