Di pameran CES 2012 baru-baru ini, Nokia telah memperkenalkan Lumia 900. Lumia 900 ni seolah-olah Lumia 800 yang dibesarkan, skrinnya seluas 4.3 inci dan menyokong rangkaian LTE dari AT&T. Lumia 900 ini dilengkapi dengan skrin Clearblack AMOLED 4.3 inci yang memberi kesan paparan yang cerah meskipun di bawah cahaya matahari.
Lumia 900 juga dilengkapi dengan kamera Carl Zeiss dengan resolusi 8.0 megapixel dan dua lampu flash LED, malah ditambah kamera depan yang tidak terdapat pada Lumia 800. Spesifikasi hardware termasuk prosesor Qualcomm teras tunggal 1.4GHz dn 512 RAM. Bateri yang digunakan pula mempunyai kapasiti yang lebih tinggi iaitu 1830mAh berbanding Lumia 800 yang cuma menggunakan bateri berkapasiti 1450mAh.
Sistem operasi yang digunakan pada Lumia 900 ini adalah Windows Phone 7.5 dan mempunyai bacaan fail jenis PDF, word, excel, OneNote, juga PowerPoint. Ketebalan Lumia 900 juga telah dikurangkan kepada 11.5 mm sahaja. Harga untuk Lumia 900 ini masih belum diumumkan namun harganya dipercayai tidak kurang daripada harga Lumia 800.
Pada pameran CES 2012 juga, undian CNET telah memilih Lumia 900 ini sebagai smartphone yang terbaik dan berita ini sudah tentu menjadi berita dukacita kepada pembuat handphone sistem Android. Pujian yang tinggi terhadap rekabentuk dan fungsi Lumia 900 seolah-olah menunjukkan yang Nokia akan mengambil alih semula pasaran. Ini juga menandakan yang Nokia akan "bangkit semula".
hoi hoi hoi apa barang beli Nokia hahaha
ReplyDelete