link warna

on9 people

Welcome To The Phone World. Just Click The Follow Button.

Monday 13 February 2012

HTC Titan II??

Untuk entry aku kali ni aku akan ceritakan pasal handphone yang akan dikeluarkan oleh HTC iaitu HTC Titan II.Kepada korang yang kaki HTC tu ni memang entry untuk korang.Untuk pengetahuan korang handphone ni tak dipasarkan lagi di Malaysia tapi telah dipertontonkan dalam Pameran CES 2012 baru-baru ni.

Untuk pengetahuan korang, handphone ni dilengkapi dengan sistem operasi Windows Phone 7.5.Ia juga turut dilengkapi dengan skrin sentuh bersaiz 4.7 inci 16 juta warna S-LCD dan juga prosesor nya boleh mencapai sehingga 1.5 GHz.Selain itu, ia juga turut dilengkapi dengan HTC Watch supaya pengguna dapat menikmati rancangan televisyen yang terbaru, malah pengguna juga dapat menikmati permainan XBOX LIVE.

Kamera untuk phone ni pula telah mencapai setinggi 16.0 MP dilengkapi dengan flash dan juga auto fokus.Kamera depan pula adalah beresolusi 1.3 MP dan sudah tentu dapat memberikan gambar yang terbaik ketika korang membuat panggilan video.Jadi kepada korang yang kaki bergambar tu phone ni adalah pilihan terbaik untuk korang kerana kamera phone ni mempunyai fungsi seperti pengesan mata merah, mempunyai lensa sudut lebar, anti getaran dan macam-macam fungsi lain lagi.

Inilah gambar handphone HTC TITAN II yang aku ceritakan kat korang.So korang fikirkan lah phone mana yang akan menjadi pilihan korang terutamanya kepada penggemar HTC.







No comments:

Post a Comment