link warna

on9 people

Welcome To The Phone World. Just Click The Follow Button.

Wednesday 22 February 2012

Motorola RAZR Skrin 720p + Kamera 13.0MP

Baru-baru ini, Motorola telah mengumumkan smartphone flagship ke-2 dalam siri RAZR iaitu MOTO RAZR MT917. Model ultra nipis yang mempunyai ketebalan hanya 8.5mm ini dilengkapi dengan skrin yang bersaiz 4.5 inci dengan resolusi 1280x720 piksel, kerangkanya pula diperbuat daripada bahan gentian KEVLAR yang digunakan dalam baju kalis peluru.

RAZR MT917 ini menggunakan sistem operasi Android 2.3, terbina dengan RAM 1GB dan prosesor dual-core TI OMAP 4430 1.2GHz. RAZR MT917 ini juga turut mempunyai fungsi penggambaran yang sangat cemerlang iaitu kamera beresolusi 13.0MP yang turut juga menyokong perakaman video HD penuh 1080p.


RAZR MT917 ini juga menyediakan mod panorama yang telah disempurnakan, manakala mod makro akan menangkap pelbagai gambar untuk dipilih. Skrinnya pula menyokong sebanyak 4 titik sentuhan dan diperbuat daripada Kaca Corning Gorilla yang tahan goresan. Ini bermakna skrin RAZR MT917 dapat mengelakkan daripada tercalar akibat sebarang goresan.

No comments:

Post a Comment