link warna

on9 people

Welcome To The Phone World. Just Click The Follow Button.

Wednesday, 15 February 2012

Hp Kalis Air & Kalis Debu bersaiz mini.

Entry aku kali ni aku nak memberitahu kepada korang yang Motorola akan mengeluarkan phone jenis DEFY tapi yang bersaiz mini. Phone ni telah didatangkan dengan nama model Motorola DEFY Mini XT320. DEFY mini adalah edisi ringkas untuk DEFY yang first, speks keseluruhan pada DEFY mini ini telah diturunkan sedikit.

Phone ni mempunyai skrin 320x480 3.2 inci, prosesor 600MHz, 512MB RAM, 512MB ROM dan beroperasi dalam sistem Android version 2.3.6. Bagaimanapun, DEFY Mini ni masih still kekalkan keunggulan siri DEFY iaitu fungsi kalis air dan kalis debu IP67, kaca kuat jenis Gorilla yang tahan goresan, dan membekalkan perlindungan tambahan untuk penggunaan harian.

Fungsi lain phone ni adalah dilengkapi dengan kamera 3.0 megapixel dengan lampu flash LED, fungsi WIFI, HSPA, GPS, bluetooth, port earphone 3.5mm, dan menyokong kad memori sehingga 32GB. Harga yang ditawarkan untuk phone ni adalah lebih kurang RM 729. Ni la rupa Motorola DEFY Mini tersebut.

4 comments:

  1. nice2~jatuh pecah x?drop test plssss~

    ReplyDelete
  2. Kalau campak dari tingkat 10 mungkin berderai la kot.haha

    ReplyDelete
  3. wow. ada blog upenye. info berguna :)

    ReplyDelete