Syarikat pelaburan Morgan Stanley berkata, iPad 3 pasti akan dikeluaran pada musim pertama 2012 manakala iPhone 5 yang nipis akan dikemukakan pada bulan Jun 2012 dan dijangka memulakan penjualan pada musim ketiga 2012. iPhone 5 akan menjadi lebih nipis kerana menggunakan teknologi skrin sentuh yang baru dan pihak Apple juga memikirkan bahan buatan baru untuk kerangka iPhone 5.
Kemungkinan besar juga iPhone 5 akan dilengkapi cip 'Quad Mode' dari Qualcomm dan boleh digunakan untuk semua rangkaian 3G dan LTE. Penganalisis Gene Munster juga berkata, ramai pengguna iPhone sekarang sedang menunggu model yang baru. iPhone 5 akan menjadi lebih menarik jika rekabentuknya berbeza dari model sekarang.
No comments:
Post a Comment